Seo Services

KPDNKK Sedia 'Berperang' Dengan Penipu Dalam Talian


IPOH: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkemaskan Unit Siasatan Internet dan Forensik bagi memperkasakan tindakan serta operasi mengekang kes penipuan perdagangan atas talian di seluruh negara.

Pengarah bahagian itu, Datuk Mohd Roslan Mahayuddin, berkata pihaknya langkah itu termasuk mengemas kini perisian yang digunakan untuk siasatan bagi menghadapi kegiatan penipuan siber.

Katanya, selain itu, bahagian itu juga menjalinkan kerjasama rapat dengan beberapa agensi lain, khususnya Cybersecurity Malaysia bagi menghadapi ancaman sama ada dari dalam dan luar negara.

"Apa yang membimbangkan kita adalah penyalahgunaan aktiviti perdagangan dalam kalangan pengguna atas talian kerana terdapat segelintir masyarakat hari ini yang menyalahgunakan kemudahan perdagangan itu untuk perlakuan jenayah perdagangan serta mengaut keuntungan secara tidak sah.

"Kes penipuan di internet kini mencatatkan peningkatan ketara kepada jenayah siber yang dilakukan dalam negara hingga boleh mengancam ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Asas Penguatkuatkuasaan Siri 2/2017 di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.

Seramai 284 Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK gred KP19 menamatkan kursus asas berkenaan yang bermula sejak 16 Julai lalu.

Sementara itu, pada sidang media kemudian ketika ditanya mengenai tindakan sebuah stesen minyak di Jalan Tampoi, Johor Bharu, Johor yang didapati masih menjual minyak petrol bersubsidi RON95 kepada kenderaan asing dari Singapura sebagaimana viral di Facebook baru-baru ini, Mohd Roslan berkata tindakan tegas boleh diambil terhadap stesen minyak berkenaan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, setiap pengusaha stesen minyak sudah dimaklumkan dan ia terdapat pada syarat perlesenan dan pengusaha sendiri perlu tentukan untuk tidak menjual minyak RON95 kepada kenderaan asing.- BH
KPDNKK Sedia 'Berperang' Dengan Penipu Dalam Talian KPDNKK Sedia 'Berperang' Dengan Penipu Dalam Talian Reviewed by Unknown on August 14, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.