KUDAT: Langit malam sekitar Rungus di Matunggong dekat sini umpama siang apabila ia dipenuhi hujan meteor Perseid pada awal pagi Ahad.
Awan tebal dan hujan pada Sabtu malam dan awal pagi Ahad di pekan kecil ini yang terletak diantara Kota Belud dan Kudat ini adalah antara lokasi terbaik menyaksikan fenomena alam ini.
Peminat cakerawala mula memenuhi pekan itu seawal 10 malam Sabtu selepas pengasas bersama Big Picture Photography, Christiato Mogolid yang menyediakan laman web bengkel pendidikan fotografi digital dalam talian memaklumkan sesiapa yang berpeluang menyaksikan hujan meteor di Rungus bakal mendapat rahmat.
"Mengikut tradisi Rungus, kami percaya sesiapa yang menyaksikan tahi bintang jatuh itu akan mendapat rahmat dan dilimpahi kekayaan, malahan hasrat mereka juga akan dipenuhi," katanya.
Menurutnya lagi, kejadian itu bermula pada 1.30 pagi dan berlarutan hingga ke subuh.
"Deretan meteor jatuh dari semasa ke semasa hinggakan saya tidak dapat mengira bilangannya yang sebenar," katanya.
Mogolid berkata, beliau juga berjaya merakamkan 'bebola api' itu ketika ia memasuki ruang udara.- mStar
Tradisi Rungus Anggap Meteor Satu Rahmat
Reviewed by uMieySurianie
on
August 14, 2017
Rating:
No comments: