SINGAPURA: Mata wang Asia kembali stabil selepas pelabur kembali kepada aset berisiko berikutan ketegangan yang semakin reda antara Korea Utara dan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, mata wang peso Filipina jatuh ke paras terendah dalam tempoh sebelas tahun.
Pergerakan keseluruhan dalam mata wang serantau adalah sedikit, bagaimanapun, mencerminkan kebimbangan mendasar tentang konflik berkenaan walaupun pegawai AS meredakan risiko perang yang pasti akan berlaku dengan Korea Utara.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menerima laporan daripada tenteranya untuk melancarkan peluru berpandu ke atas Guam dan beliau berkata akan menantikan langkah AS untuk beberapa ketika sebelum membuat keputusan, lapor agensi berita rasmi negara itu.
Rancangan Pyongyang untuk melancarkan peluru berpandu berhampiran Guam melonjakkan ketegangan di rantau berkenaan minggu lalu.
Kemelut yang semakin reda itu menolak dolar AS lebih tinggi berbanding yen, dengan indeks dolar diguanakan untuk mengukur prestasi enam mata wang asing yang lain.
Dolar Taiwan dan Rupiah Indonesia meningkat sedikit, 0.07 peratus dan 0.01 peratus masing-masing dengan rupiah mengurangkan keuntungan selepas data dagangan dikeluarkan.
Data menunjukkan eksport Indonesia pada Julai mengatasi jangkaan analisis tetapi negara itu mencatatkan defisit dagangan pertamanya sejak akhir 2015.
Pasaran Korea Selatan dan India ditutup berikutan cuti umum.
Yuan China juga susust 0.02 peratus selepas hasil yang mengecewakan dari data runcit dan pelaburan.
Menambah ketegangan dagangan antara AS dan China, Presiden Donald Trump membenarkan siasatan ke atas pencurian harta intelektual China semalam, dan ia adalah langkah perdagangan langsung pertama oleh pentadbirannya terhadap Beijing. - Reuters
Krisis AS-Pyongyang reda, mata wang Asia kembali stabil
Reviewed by Azmin
on
August 15, 2017
Rating:
No comments: