Seo Services

Terdedah Udara, Cepat Rosak Punca Ribena Ditarik Semula


KUALA LUMPUR – Punca penarikan semula semua produk kordial Ribena Isnin lalu dikenal pasti adalah disebabkan ralat pada proses pembotolannya di kilang.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. (Suntory), produk-produk tersebut didapati terdedah dengan udara semasa proses pembotolan, menjadikan kemungkinan besar kordial tersebut akan rosak sebelum tarikh luput yang tertera pada botol.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Ribena Malaysia telah menarik semula kumpulan produk yang tercemar itu daripada gudang-gudang, para pengedar dan penjual di seluruh negara mulai 12 Ogos, lapor akhbar Singapura, The Straits Times.

Lima jenis bes minuman yang terlibat dalam penarikan semula ini adalah seperti berikut: Ribena Concentrate Blackcurrant Regular; Ribena Concentrate Blackcurrant and Glucose; Ribena Concentrate Blackcurrant and Strawberry; Ribena Concentrate Blackcurrant and Blueberry; and Ribena Concentrate Blackcurrant and Apple.

Meskipun bukan semua produk keluaran kilang tersebut, namun Ribena Malaysia menasihatkan agar para pengguna tidak meminum produk yang kelihatan berlainan daripada biasa, rasa atau berbau masam, atau jika mereka was-was terhadap kualitinya.

Ribena Malaysia turut menyatakan bahawa penyiasatan selanjutnya, termasuk punca kualiti produk itu tercemar, masih dijalankan dan akan selesai awal minggu hadapan.

Selain itu, pengilangan produk kordial Ribena juga diberhentikan buat sementara waktu sehingga semua prosedur penyiasatan selesai.

Isnin lalu, Ribena Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan yang memaklumkan penarikan semula produk-produk minuman kordial Ribena daripada semua saiz dan variasi perisa daripada diedarkan oleh kerana ralat yang dikenal pasti oleh pihak pengilang. – MYNEWSHUB.CC
Terdedah Udara, Cepat Rosak Punca Ribena Ditarik Semula Terdedah Udara, Cepat Rosak Punca Ribena Ditarik Semula Reviewed by Azmin on August 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.