Seo Services

Malaysia kecundang di tangan Indonesia


KUALA LUMPUR: Pasukan Indonesia memberi tentangan sengit sebelum menewaskan Malaysia 4-3 dalam acara pembukaan polo air lelaki di Pusat Akuatik Negara di Bukit Jalil, hari ini.

Fam Jia Yi menjaringkan dua gol buat pasukan Malaysia manakala Irshad Syahir membantu jaringan seterusnya.

Jurulatih kebangsaan, Voon Yong Hui berkata, pasukannya tidak begitu bernasib baik kerana gagal menewaskan pemenang pingat perak edisi 2015, Indonesia.

"Pemain bermotivasi dan bermain seperti diarahkan. Indonesia dalam pada itu sangat klinikal, kami gagal menyudahkan peluang jaringan," kata Yong Hui.

"Nasib tidak memihak kepada kita hari ini."

"Indonesia lebih bersedia untuk bertindak dalam keadaan sukar manakala kami tidak bertindak secara begitu positif. Ia mungkin kerana ini adalah kejohanan utama pertama kami musim ini.

"Saya harap pemain boleh meningkat secara positif dan kembali membina momentum untuk perlawanan seterusnya," katanya.

Malaysia dijadual bertemu Filipina esok.

"Kami tidak mempunyai isu untuk meraih kemenangan ke atas Filipina tetapi kami tidak boleh terlalu yakin. Mereka sudah meningkat dan ia tidak akan menjadi mudah esok," kata Yong Hui. - BHOnline
Malaysia kecundang di tangan Indonesia Malaysia kecundang di tangan Indonesia Reviewed by Azmin on August 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.