Seo Services

Salleh Seru Golongan Muda Daftar Sebagai Pengundi




KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata seluruh rakyat terutama golongan muda yang layak mengundi hendaklah mendaftar sebagai pemilih bagi menentukan pemerintahan kerajaan pada masa depan.

Salleh berkata adalah menjadi tanggungjawab rakyat kepada negara untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negara bagi lima tahun ke hadapan.

"Kedua, mengundi adalah hak kita sebagai warganegara. Ketiga, tanpa rakyat yang sedar politik, negara menjadi tidak kompetitif akibat partisipasi politik rakyat yang pasif.

"Keempat, tidak mendaftar sebagai pengundi akan merencatkan sistem demokrasi negara," katanya menerusi catatan pada laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sehingga 31 Mac lepas, masih terdapat 3.7 juta rakyat yang belum mendaftar sebagai pengundi daripada 18 juta rakyat yang layak mengundi.

"Anak muda tidak boleh bersikap apati begini. Ini kerana masa depan negara memerlukan anak muda yang celik peta politik. Oleh itu, anak muda perlu mendaftar sebagai pengundi,? katanya.

Justeru, Salleh berkata sebagai warganegara, rakyat perlu mendaftar sebagai pengundi kerana itu hak Perlembagaan sebagai warganegara. - BERNAMA
Salleh Seru Golongan Muda Daftar Sebagai Pengundi Salleh Seru Golongan Muda Daftar Sebagai Pengundi Reviewed by Azmin on August 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.