Seo Services

Shaheizy Sam Perlu Selesai Tunggakan Cukai: LHDN


CYBERJAYA: Pelakon Shaheizy Sam dinasihat menyelesaikan segala tunggakan cukainya dalam tempoh enam bulan ini sebelum prosiding kes bankrap terhadapnya difailkan pada 15 Februari tahun depan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi dan Multimedia Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslim, berkata notis bankrap yang difailkan terhadap pelakon berkenaan semalam bertujuan melengkapkan penyampaian ganti (dokumen makluman kepada Shaheizy).

Katanya, LHDN sudah menyampaikan semua dokumen kepada mahkamah yang turut akan menetapkan tarikh prosiding sebenarnya.

"Dalam prosedur, enam bulan selepas penyampaian ganti sempurna baru tarikh prosiding ditetapkan, jadi semalam mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk kes difailkan.

"Sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak, buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi," katanya ketika ditemui media selepas majlis Perhimpunan Merdeka 2017 di sini, hari ini.

Masrun berkata, jika semua tunggakan dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan ini, LHDN akan menarik balik notis kebankrapan terhadap pelakon berkenaan.

"Jika dia sudah menyelesaikan semua tunggakan dan cawangan guaman kita berpuas hati, kita boleh tarik balik (notis kebankrapan).

"Ini macam kes dihadapi pelakon Nelydia Senrose yang mana kita tarik balik waran tangkap kerana dia sudah membayar cukai dalam tempoh sebelum kes difailkan di mahkamah.

"Kita berpuas hati dan tarik balik waran tangkap, ini bertujuan untuk memberi keadilan kepada pembayar cukai lain," katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan bagi LHDN memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas Shaheizy.

Peguam LHDN Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar berkata, tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Pendaftar mahkamah, Siti Surieyati Mohamed Yusoff dalam kamar, dan mahkamah mengarahkan pihak LHDN supaya memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy.

LHDN sebelum ini berkata, tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan Shaheizy dalam akhbar dibuat mengikut prosedur ditetapkan.

Bagaimanapun, Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad, 34, dalam kenyataannya kepada media sebelum ini mengakui tidak tahu-menahu mengenai status dirinya yang diisytihar muflis.

Dakwanya, beliau belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini mengenai isu berkenaan. - BHOnline
Shaheizy Sam Perlu Selesai Tunggakan Cukai: LHDN Shaheizy Sam Perlu Selesai Tunggakan Cukai: LHDN Reviewed by Azmin on August 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.