Seo Services

Iraq Tahan 1,400 Ahli Keluarga Militan Daesh



MOSUL: Pihak berkuasa dilaporkan menahan kira-kira 1,400 isteri dan anak suspek militan Daesh warga asing selepas mereka diusir tentera kerajaan daripada salah satu kubu terakhir di Iraq.

Menurut jurucakap tentera dan perisikan Iraq, sebahagian besar daripada mereka berasal dari Turki, selain negara bekas Soviet seperti Tajikistan, Azerbaijan dan Russia.

Yang turut ditahan, wanita dan kanak-kanak warga Asia dan beberapa orang rakyat Perancis serta Jerman.

Kebanyakannya tiba di Mosul sejak 30 Ogos lalu ketika tentera Iraq menyerang militan Daesh di kawasan itu dan mereka kini ditahan di sebuah kem di selatan Mosul.

Seorang pegawai perisikan berkata, pihaknya masih menjalankan proses pengesahan kerakyatan wanita dan kanak-kanak terbabit dengan negara asal masing-masing, memandang sebahagian besar daripadanya tidak mempunyai dokumen asal kewarganegaraan.

"Kami masih menahan keluarga militan Daesh di bawah kawalan keselamatan yang ketat, sementara menunggu arahan kerajaan mengenai cara untuk menangani mereka.

"Kami memberikan mereka layanan baik. Mereka adalah keluarga penjenayah yang membunuh pihak yang tidak bersalah tanpa rasa belas kasihan.

"Namun, hasil siasatan mendapati kebanyakan mereka dikelirukan oleh propaganda jahat Daesh," kata pegawai pemerintah tentera di Nineveh, Mosul, Kolonel Ahmed al-Taie. - Reuters
Iraq Tahan 1,400 Ahli Keluarga Militan Daesh Iraq Tahan 1,400 Ahli Keluarga Militan Daesh Reviewed by uMieySurianie on September 11, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.