KUALA LUMPUR - Isu hutang atau masalah pembayaran wang hadiah kemenangan dalam beberapa penganjuran perlumbaan berbasikal lebuh raya tertua di rantau Asia, Jelajah Malaysia (JM) terdahulu, sama sekali tidak akan terpalit pada kejohanan edisi ke-53 kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur JM 2017, Datuk Mohd. Nazifuddin Najib berkata, beliau memberi jaminan isu sedemikian tidak akan berulang menerusi penganjur baharu, Life Pro Fit Sdn. Bhd.
Jelas Nazifuddin, pihaknya juga akan memastikan hadiah wang kemenangan berjumlah RM150,000 kali ini diserahkan kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum bermulanya pertandingan pada 3 hingga 7 Oktober depan.
“Wang hadiah kemenangan akan diselesaikan sejurus sahaja tamat perlumbaan di peringkat kelima. Mengikut perjanjian yang ditandatangani bersama PKBM, wang kemenangan harus diserahkan dalam tempoh 30 hari sebelum pertandingan kepada mereka.
“Sehingga kini, proses penyerahan wang hadiah kepada PKBM sedang diuruskan. Pihak kami akan memastikan wang hadiah kemenangan dapat diselesaikan dengan kadar segera,” katanya dalam satu sidang akhbar menjelang perlumbaan JM di sini, hari ini.
Membabitkan RM4.5 juta bagi kos penganjuran, perlumbaan tersebut akan melalui tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah dengan jarak jumlah jarak sejauh 680 kilometer melibatkan 20 pasukan.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Jelajah Malaysia 2017, Noridiazhar Sulaiman. - UTUSAN ONLINE
Jelajah Malaysia 2017 Jamin ‘Perlumbaan Bersih’
Reviewed by Unknown
on
September 08, 2017
Rating:

No comments: