KUCHING: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal direman selama tujuh hari bermula 10 September bagi membantu siasatan kes serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Batu Kawah 4 September lalu.
Suspek telah ditahan di sebuah rumah di Kampung Pinang Jawa jam 5.30 petang Sabtu.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Kuching Majistret Sataia Kombi di sini, bermula 10 hingga 17 September ini.
Permohonan reman terhadap suspek dikemukakan pegawai penyiasat Inspektor Ajass Mohamad Ibrahim.
Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek yang berusia 33 tahun dan bertugas di bahagian pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak ditahan susulan laporan terhadap suspek yang merupakan kenalan kepada keluarga mangsa didakwa melakukan perbuatan tersebut.
Insiden itu dipercayai berlaku sekitar jam 1.10 petang Isnin lepas, apabila suspek menawarkan untuk menghantar mangsa ke kedai kakaknya sebelum melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa di satu kawasan sunyi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.- Sarawakiana
Lans Koperal Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Serangan Seksual Terhadap Remaja
Reviewed by Unknown
on
September 11, 2017
Rating:

No comments: