Seo Services

Lapor Segera Kepada SPRM Jika Ada Maklumat Rasuah


SAMARAHAN: Masyarakat yang mengetahui dan mempunyai maklumat mengenai sebarang gejala rasuah diminta segera melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talip Zulpilip berkata, rasuah  adalah kesalahan mencuri hasil negara yang merupakan hak rakyat dan kesannya boleh mengancam masa depan negara.

"Laporkan sebarang pelakuan rasuah. Tugas kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab ialah bekerjasama dengan SPRM untuk mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya ketika berucap merasmikan Penutupan Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (KEJAR '17) di Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, di sini, hari ini.


Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah merangka berbagai-bagai program pembangunan Sarawak.

"Untuk merealisasikan rancangan ini, kita memerlukan badan pentadbiran yang bersih, efisien dan berprestasi tinggi," ujarnya.-Sarawakiana


Lapor Segera Kepada SPRM Jika Ada Maklumat Rasuah Lapor Segera Kepada SPRM Jika Ada Maklumat Rasuah Reviewed by Azmin on September 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.