BAGAN DATUK - Malaysia akan meminta kuasa besar dunia untuk memainkan peranan dalam menangani dan menghentikan keganasan yang berlaku terhadap pelarian Rohingya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, permintaan tersebut akan disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, 12 September ini.
“Esok Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan ke Washington dan saya sudah bisikkan kepadanya yang kita mahu memberikan kesedaran kepada negara-negara kuasa besar ini.
“Kita bukan ingin meminta negara kuasa besar ini membantu tetapi mahu memberikan kesedaran supaya negara kuasa besar melakukan sesuatu bagi menghentikan serta merta tindakan tidak berperikemanusiaan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan 80 Penubuhan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ulum Al-Syariyyah di Batu 20, Selekoh dekat sini.
Yang turut hadir, Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin dan Pengetua sekolah tersebut, Mohd. Nazri Mokhtar. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Minta Kuasa Besar Dunia Main Peranan Hentikan Keganasan Di Rohingya
Reviewed by Unknown
on
September 09, 2017
Rating:

No comments: