SINGAPURA: Polis Singapura menahan seorang lelaki yang merancang menyertai militan dikaitkan dengan Daesh di Filipina dan seorang wanita yang didapati berhubung dengan pengganas asing, semalam.
Singapura yang dianggap sebagai negara paling stabil di Asia Tenggara, semakin bimbang dengan risiko rakyatnya menjadi radikal terutama dalam kalangan penduduk minoriti Muslim.
Sekurang-kurangnya 14 rakyat negara itu dikenakan arahan tahanan atau sekatan di bawah undang-undang ketat keselamatan dalam negeri sejak 2015, peningkatan mendadak berbanding 11 kes di antara 2007 dan 2014.
Lelaki yang ditahan dikenal pasti sebagai Imran Kassim, 34.
Kementerian Dalam Negeri republik itu berkata, lelaki berkenaan cuba ke Syria untuk menyertai Daesh sekurang-kurangnya dua kali dan bersedia menyerang anggota keselamatan Singapura.
Baru-baru ini, dia berniat menyertai militan yang mengawal bandar Marawi di Filipina, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Katanya, penahanan Imran adalah hasil maklumat individu yang rapat dengannya.
Sementara itu, wanita yang ditahan dikenal pasti sebagai pembantu pentadbir, Shakirah Begam Abdul Wahab, 23, yang didapati berhubung dengan beberapa pengganas asing sejak 2013.
"Shakirah menunjukkan kecenderungan untuk terbabit dalam perlakuan berisiko yang mendedahkannya kepada pengaruh buruk dan mungkin direkrut pengganas.
"Kumpulan ini menimbulkan ancaman keselamatan kepada Singapura," kata kementerian itu.
Dia diletakkan di bawah arahan sekatan yang bermaksud suspek dipantau dan disekat perjalanannya. - Reuters
Rakyat Singapura cuba sertai Daesh
Reviewed by Unknown
on
September 08, 2017
Rating:

No comments: