KUALA LUMPUR: Dua rang undang-undang (RUU) iaitu RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan RUU Setem (Pindaan) 2017 yang dijadual untuk bacaan kali ke-2 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ditarik balik.
Usul menarik balik RUU itu masing-masing dikemukakan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Riot dalam kenyataan berkata, RUU itu ditarik balik bagi membolehkan RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang baru dibentangkan untuk bacaan pertama esok.
Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan mulai Januari 2018.
“Pelaksanaan sistem insurans pekerjaan merangkumi semua majikan dan pekerja di sektor swasta iaitu lebih kurang 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja,” katanya.
Katanya, pekerja yang kehilangan pekerjaan dan telah mencarum bagi tempoh tertentu layak menuntut bantuan kewangan daripada sistem insurans pekerjaan dan perkhidmatan pekerjaan termasuk kaunseling kerjaya, carian dan penjodohan kerja, penempatan serta latihan
- Bernama
2 RUU Ditarik Balik Di Dewan Rakyat
Reviewed by Unknown
on
October 23, 2017
Rating:
No comments: