Seo Services

“Kereta Saya Kena Clamp, Tapi VIP Ni Tak Kena?”


Sejak semalam, tular di laman sosial luahan seorang wanita yang tidak puas hati apabila keretanya dikapit petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenar.

Menurut Winnie, dia meluahkan rasa tak puas hati bukanlah disebabkan kereta dikapit, tetapi ketidakadilan yang berlaku apabila sebuah kereta mewah yang turut sama parkir di hadapannya tidak pula dikenakan tindakan sama.

Kereta berjenama Mercedes-Benz yang dipercayai milik seorang VIP itu menurutnya telah lama berada di situ berbanding kenderaanya.

“Kereta saya dikunci kerana parkir di kawasan dilarang. Baiklah saya terima.

“Tetapi kenapa kereta VIP ini yang juga meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang tidak dikunci seperti mana saya kena?

“Sedangkan dia berada di situ terlebih dahulu berbanding saya,” kata Winnie yang turut memuat naik beberapa gambar sebagai bukti.

Dia turut mempersoalkan adakah lambang polis terdapat pada plat kereta berkenaan menyebabkan DBKL tidak mengambil tindakan.

Tambah Winnie, ketika kejadian ada beberapa penguat kuasa muncul semula untuk membuat rondaan kali kedua dan kenderaan ‘VIP’ itu masih tidak dikapit tayarnya.

Sementara itu dalam laporan Harian Metro, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan DBKL, Nasarudin Daharun berkata, dakwaan wanita terbabit berhubung diskriminasi yang diterima itu akan disiasat.

Menurutnya, pihak DBKL akan menyiasat sama ada kenderaan itu dikunci bahagian trafik jabatan berkenaan atau sebaliknya.

“Kami akan siasat ia dikunci bahagian trafik atau petugas yang dipinjamkan kepada operator pengendali parkir di bawah Yayasan Wilayah,” katanya.

Tweet daripada wanita itu turut menarik perhatian bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menjelaskan lambang pada nombor plat kenderaan itu bukanlah ‘VIP’ Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi lambang Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

“Itu bukan VIP PDRM, sebaliknya Persatuan Bekas Polis Malaysia dan ianya boleh dibeli oleh sesiapa bila mereka menyumbang kepada persatuan.

“Saya bukan ahli persatuan berkenaan. Sila hubungi PDRM untuk maklumat lanjut. Lambang itu bukan bermaksud anda boleh dikecualikan dari saman atas kesalahan lalu lintas,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
“Kereta Saya Kena Clamp, Tapi VIP Ni Tak Kena?” “Kereta Saya Kena Clamp, Tapi VIP Ni Tak Kena?” Reviewed by Unknown on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.