Seo Services

PETRONAS Perjelas Video Aliran Pam Perlahan


Sehubungan dengan insiden di stesen PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan yang dimuat naik dalam laman sosial media dan WhatsApp, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) ingin menjelaskan bahawa masalah teknikal yang dialami adalah berkaitan dengan kadar kelajuan aliran pam dan bukannya perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi, seperti yang didakwa.

PDB telah mengambil tindakan segera dan kerja-kerja baik pulih telah dilaksanakan. Pam kini telah beroperasi seperti biasa.

PDB ingin menegaskan bahawa semua pam di stesen kami senantiasa dikalibrasi dan gangguan teknikal ini merupakan kes terpencil yang tidak menjejaskan kuantiti isian sama sekali.

Kami berharap ini memperjelaskan perkara di atas dan kami memohon kerjasama anda untuk tidak terus mengedarkan informasi palsu ini.

Maklum balas dari anda amat dihargai. Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan bagi memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan di semua stesen kami.

Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan kami di talian hotline 1-300-88-8181 atau email mesralink@petronas.com.my. – MYNEWSHUB.CC
PETRONAS Perjelas Video Aliran Pam Perlahan PETRONAS Perjelas Video Aliran Pam Perlahan Reviewed by Unknown on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.