Seo Services

Bayi Alami Ketumbuhan Seperti Belon Besar Di Muka



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ini yang dialami oleh seorang bayi yang baru berusia 10 hari, Dia dilahirkan dengan ketumbuhan yang besar di mukanya dan perlu dibedah dengan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

Bayi itu, Angelica Hail Heachanova, berasal dari Filipina. Ketumbuhan itu semakin membesar dan kini ia kelihatan seperti sebiji belon yang melekat di mukanya itu.

Ibu bapanya kini berharap agar doktor dapat mencari jalan bagi menyelamatkan nyawa anak mereka dan pada masa sama mengharapkan supaya ketumbuhan itu berhenti daripada terus membesar.

Bayi itu kini menerima rawatan intensif dan dipantau 24 jam di hospital.

Menurut bapanya, Rufino, 44, ketika Angelica dilahirkan, dia dan isterinya menyangka masalah yang dialami oleh anak mereka itu dapat diatasi dengan segera.

“Malangnya ketumbuhan itu semakin membesar dan doktor juga tidak dapat menghentikannya,’’ katanya.

Rufino berharap agar anaknya itu dapat pulang ke rumah namun disebabkan ketumbuhan berkenaan, bayi itu terpaksa dimasukkan ke hospital sejak hari pertama dia dilahirkan.

Doktor kini menjalankan pelbagai ujian ke atas bayi terbabit dan sampel kulitnya juga telah dihantar ke makmal untuk diperiksa.

Apa yang dibimbangi ialah jika ketumbuhan itu dibuang, ia akan menyebabkan Angelica kehilangan banyak darah namun jika tidak dirawat, mereka bimbang ketumbuhan itu akan pecah.

Buat masa ini doktor tidak dapat melakukan pembedahan sehingga mereka tahu apa sebenarnya penyakit berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
Bayi Alami Ketumbuhan Seperti Belon Besar Di Muka Bayi Alami Ketumbuhan Seperti Belon Besar Di Muka Reviewed by Unknown on October 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.