PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu 29 duta belia Malaysia yang menyertai Program Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) berkongsi mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan belia dari negara lain.
Beliau berkata TN50 adalah kelainan hanya ada pada Malaysia yang memberi peluang kepada belia untuk mencorakkan masa depan negara.
“Ini satu perkara yang baik untuk kita kongsi bersama peserta lain dan mungkin mereka akan rasa Malaysia memberi peluang kepada anak muda.
“Belia bukan hanya menyatakan aspirasi mereka tetapi ia akan turut menjadi hala tuju negara untuk 30 tahun akan datang,” katanya pada sidang media mengenai SSEAYP ke-44, di sini hari ini.
SSYEAP merupakan program unik ditaja dan dihoskan oleh kerajaan Jepun yang menghantar 350 belia dari 10 negara ASEAN dan Jepun, untuk program dua bulan menaiki kapal menyeberangi perairan Jepun dan negara-negara ASEAN.
Khairy berkata Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada para peserta SSEAYP ini apabila kapal Nippon Maru berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor dari 30 Nov hingga 3 Dis.
Katanya SSEAYP, yang bermula pada 1974 bertujuan menggalakkan persahabatan dan pemahaman bersama antara belia ASEAN dan Jepun, serta memperkukuh semangat kerjasama antarabangsa mereka sambil menyumbang kepada kerjasama masyarakat terutama dalam pembangunan belia.
Setakat in, Khairy berkata lebih 1,000 orang belia Malaysia menyertai SEAYP sejak program itu bermula dan kesemua mereka kembali dengan perpekstif lebih mendalam mengenai rakan sebaya asing mereka dan pemahaman mengenai budaya luar. – BERNAMA
Khairy Mahu Belia Malaysia Kongsi TN50 Belia Asing
Reviewed by Unknown
on
October 20, 2017
Rating:
No comments: