KUALA LUMPUR - Wanita kontroversi bernama Mona Syamimi Mohd. Samsudin, 27, mendesak finalis Akademi Fantasia (AF) Megastar, Shahir Zawawi memohon maaf secara terbuka kepadanya dan menjelaskan perkara sebenar.
Mona menegaskan mahu Shahir membetulkan kenyataan bahawa dia bukanlah salah seorang peminat penyanyi itu seperti yang didakwanya sebelum ini.
“Saya ini orang biasa. Bila dia cakap saya ini peminat, saya tak pernah pun minat pada dia seperti peminat lain kerana suara dia bukan best (bagus) sampai saya nak minat.
“Dan lagi satu, saya bukan artis nak sabotaj dia, lainlah kalau saya ini kawan Akademi Fantasia yang sama-sama bertanding mungkinlah tapi saya hanya orang biasa,” kata Mona kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.
Pramugari di sebuah syarikat penerbangan tambang murah itu menjadi buruan media selepas namanya dikaitkan mempunyai skandal dengan Shahir.
Shahir pula sebelum ini pernah memberi kenyataan yang dia sedang menjalin hubungan kasih dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira.
Tegas Mona lagi, hubungan dia dengan Shahir sekadar kawan sahaja dan perhubungan mereka menjadi sulit selepas gambar mereka berdua tular di laman sosial baru-baru ini.
Malah, kata Mona, perkenalannya dengan Shahir bukan diatur oleh seorang kawan seperti yang didakwa oleh penyanyi itu sebaliknya mereka berkenalan secara langsung tanpa ada orang tengah.
Dalam pada itu, Mona juga enggan dikaitkan dengan Shahir yang dianggap kawan sahaja kerana dia sudah ada kekasih baharu.
“Saya baru mengenali seseorang dan kami baru saja berpasangan. Saya sudah cerita (mengenai Shahir) dan teman lelaki saya tak terkejut. Bila orang tanya pasal cerita ini, dia okey sahaja,” kata Mona yang juga ibu tunggal pada dua cahaya mata.
Difahamkan, teman lelaki baharu Mona ialah pemain bola sepak pasukan Terengganu, Mohd. Ridzuan yang baru saja dikenalinya.
Mona yang tabah menghadapi situasi itu bagaimanapun terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lagi bintang AF, Ewal.
“Kenapa Ewal tiba-tiba nak buat kenyataan begitu, sedangkan saya sudah nak tutup kes. Tadi Ewal hubungi saya dan cakap yang dia tidak pernah keluarkan kenyataan.
“Saya kata kalau awak tak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar. Sebenarnya saya bengang juga dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Memang saya kenal dia dulu.
“Syamel pula berterus-terang dengan saya dan saya tak kacau dia. Sekarang ini Ewal keluar kenyataan bodoh-bodoh buat apa. Bengang juga ni. Ewal nak jatuhkan nama saya buat apa, nak popularkan nama balik ke?” soal Mona dalam nada kecewa. - UTUSAN ONLINE
Mona Desak Shahir Mohon Maaf
Reviewed by Unknown
on
October 20, 2017
Rating:
No comments: