Seo Services

Kurang bijak kembalikan semula subsidi minyak


KUALA LUMPUR: Mengembalikan semula subsidi minyak dilihat sebagai tindakan kurang bijak.

Sebaliknya, langkah yang perlu dilaksanakan adalah menumpukan kepada penguatkuasaan dalam memastikan kestabilan harga barang di pasaran tempatan, demikian kata pakar ekonomi.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata seperti yang sedia maklum, terlalu banyak masalah timbul dengan subsidi minyak seperti ketirisan yang mana golongan sasaran tidak memperoleh manfaat subsidi yang sepatutnya.

Beliau berkata, dari sudut kedudukan kewangan pula, dengan mengembalikan semula subsidi minyak, ia mempunyai risiko yang tinggi terhadap penarafan kredit negara ini, yang mana akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap negara ini.

Katanya, lazimnya, agensi penarafan kredit antarabangsa seperti Moody's dan Standard & Poor's Ratings Services (S&P) memberi penekanan kepada konsolidasi fiskal negara.

"Sekiranya, kita berpatah balik (mengembalikan semula subsidi minyak), berkemungkinan kita merisikokan penarafan (kredit) yang kita ada," katanya ditanya mengenai saranan supaya dasar subsidi bahan api dinilai kembali supaya harga minyak berada di paras lebih rendah daripada sekarang.

Beliau berkata demikian pada program Bicara BH bertajuk Bajet 2018: Mampukah kerajaan penuhi tuntutan rakyat? yang disiarkan secara langsung di Berita Harian Online, di sini, hari ini. Hadir sama, Aktivis Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye.

Menyentuh mengenai kedudukan defisit fiskal negara, Mohd Afzanizam berkata, adalah penting bagi kerajaan untuk terus mengurangkan defisit fiskal secara berterusan.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada awal tahun ini mengenai kemungkinan sasaran bajet seimbang tidak dapat dicapai menjelang 2020 berikutan ketidaktentuan luaran, dilihatnya sebagai satu isyarat yang positif.

Katanya, sekiranya negara tidak berjaya mencapai bajet seimbang menjelang 2020, ia tidak menjejaskan jika defisit fiskal terus berkurangan kerana ia memberi ruang fiskal kepada kerajaan dalam merangka perbelanjaan.

Malah, ruang fiskal yang ada itu membolehkan kerajaan memberikan insentif yang dapat memanfaatkan rakyat, katanya.
Kurang bijak kembalikan semula subsidi minyak Kurang bijak kembalikan semula subsidi minyak Reviewed by Azmin on October 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.