Seo Services

Lima Maut Akibat Ceroboh Lombong Jed



YANGON: Cubaan menceroboh lombong jed di utara Myanmar berakhir tragedi apabila lima terbunuh selepas polis melepaskan tembakan ke arah penjenayah bersenjata terlibat.

Kejadian terbaru itu dilaporkan dengan meluas media tempatan pada Jumaat melibatkan industri bernilai berbilion dolar itu.

Keganasan meletus selepas polis mengepung kira-kira 50 pengumpul jed daripada memasuki kawasan industri yang dimiliki 'Syarikat 111' di Hpakant, Kachin.

Kawasan berkenaan dikenali sebagai hab perdagangan yang sering berlaku tunjuk perasaan pekerja, tanah runtuh, rasuah dan penyalahgunaan dadah.

Kira-kira sejam kemudian, hampir 600 kumpulan penggali jed itu kembali ke lokasi kejadian.

Mereka telah bertindak menyerang polis, membakar trak yang ditinggalkan dan memusnahkan jentolak, demikian lapor akhbar Global New Light of Myanmar.

"Apabila diserang dengan pisau, polis melepaskan tembakan untuk menghalang penyerang.

"Lima maut dan 25 lagi cedera, termasuk lima pegawai polis," lapor akhbar itu. - mStar
Lima Maut Akibat Ceroboh Lombong Jed Lima Maut Akibat Ceroboh Lombong Jed Reviewed by uMieySurianie on October 20, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.