Seo Services

Taska, Tabika Penting Bentuk Peribadi Anak


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman memuji Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kerana berjaya menyediakan sistem pendidikan awal kanak-kanak yang terus relevan kepada masyarakat sehingga sekarang.

Walaupun bermula dengan kelas dewasa sekitar tahun 1961, KEMAS kata beliau melakukan transformasi dan berubah kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, perubahan tersebut berlaku kerana kerajaan melihat kepentingan pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk anak bangsa yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara.

"Kanak-kanak pada usia peringkat taska dan tabika merupakan masa yang penting untuk kita membentuk keperibadian serta keyakinan diri mereka.

"Sebab itu, saya melihat pentingnya serta relevannya pembukaan tabika dan taska oleh KEMAS ini kepada masyarakat," katanya.-Sarawakiana
Taska, Tabika Penting Bentuk Peribadi Anak Taska, Tabika Penting Bentuk Peribadi Anak Reviewed by Unknown on October 20, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.