LONDON : Kajian oleh Yayasan Thomson Reuters baru-baru ini, mendedahkan dua bandar di Amerika Latin iaitu Lima dan Bandaraya Mexico berada dalam senarai sepuluh bandar raya paling berbahaya kepada kaum wanita.
Dua bandar raya berkenaan berada di belakang Kaherah (Mesir), Karachi (Pakistan), Kinshasa (Congo) dan New Delhi (India) yang menduduki tempat teratas senarai.
Kajian dilakukan berdasarkan empat bidang utama iaitu keganasan seksual, akses kepada penjagaan kesihatan, amalan kebudayaan dan peluang ekonomi.
Bandaraya Mexico berada di tangga keempat dalam kategori keganasan seksual.
Pada awal tahun ini, laporan Amnesty International mendapati 14,000 wanita di negara Amerika Latin dirogol setiap tahun.
Menurut pertubuhan itu, jumlah berkenaan hanya mewakili 20 peratus daripada kes sebenar, memandangkan 80 peratus lagi kes tidak dilaporkan.
Meskipun terdapat ribuan kes rogol dilaporkan setiap tahun, namun terlalu sedikit kes yang ditangani oleh sistem perundangan Mexico.
Ibu negara Peru, Lima pula menduduki tempat pertama dalam kategori akses penjagaan kesihatan paling teruk.
Wanita di bandar berkenaan berdepan kesukaran “mendapatkan perkhidmatan kesihatan sempurna termasuk masalah pengguguran yang menyalahi undang-undang”.
Sementara itu, London, Tokyo serta Paris disenaraikan sebagai bandar raya paling selamat untuk wanita.—Bernama
Mexico Antara 10 Bandar Paling Bahaya Untuk Wanita
Reviewed by Unknown
on
October 20, 2017
Rating:
No comments: