Seo Services

Peluk Islam selepas ditegur berpakaian sopan


KOTA BHARU: Bermula teguran seorang rakan Islam yang menyuruhnya berpakaian sopan, mengetuk pintu hati Nur Adelia Japri Abdullah, 23, mendalami agama dan memeluk Islam.

Nur Adelia yang memeluk Islam pada November 2013, berkata pada awalnya mempelajari Islam untuk bahan perdebatan dengan rakan, tetapi akhirnya jatuh cinta agama ini.

Sebelum ini, beliau berasal dari Sabah tidak berpuas hati dengan teguran rakan memintanya menutup aurat kerana beranggapan sesuatu yang cantik mengapa perlu ditutup.

"Saya tertanya-tanya dan mahu mencari jawapan mengenai kepentingan menutup aurat.

"Ketika itu rakan Islam juga menasihatkan saya membeli buku tafsiran al-Quran dan membeli bertajuk 'Ukhti' yang akhirnya menemui jawapan mengenai kewajipan wanita menutup aurat," katanya.

Minat Nur Adelia tidak mati di situ, sebaliknya terus mendalami Islam dengan mencari pelbagai bahan bacaan berkaitannya.

"Beberapa buku yang saya baca mula memahami mengenai Islam. Saya juga ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk melihat bagaimana kehidupan orang Islam.

"Kemudian saya menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam

kepada kakak, Nur Fatihah Japri Abdullah, 29, yang terlebih dahulu memeluk Islam.

"Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di MUIS, perasaan saya bercampur baur dengan rasa sebak dan gembira," katanya yang sudah tiga tahun menuntut di Institut Dakwah Islamkah Perkim (IDIP) Pengkalan Chepa, di sini.

Adelia yang juga anak yatim piatu mengakui dua bulan pertama selepas memeluk Islam beliau masih terkapai-kapai.

"Justeru, saya terus mendalami Islam, belajar cara solat yang betul dan menambah pengetahuan menerusi pembacaan mengenai agama.

"Pada awalnya, saya merahsiakan daripada rakan Islam yang tinggal serumah. Sebelum ini saya banyak berdebat dan mempersoalkan setiap amalan orang Islam.

"Namun, selepas sahabat tahu saya memeluk Islam mereka gembira dan banyak membantu saya terutama membetulkan cara solat dan memberi sokongan untuk terus beristiqamah," katanya pernah bekerja di sebuah hotel di Sabah.

Anak bongsu daripada dua beradik ini berkata, selepas menamatkan pelajaran di IDIP, beliau merancang pulang ke Sabah kerana mahu menyertai MUIS dan menjadi pendakwah di sana.-BHOnline
Peluk Islam selepas ditegur berpakaian sopan Peluk Islam selepas ditegur berpakaian sopan Reviewed by Unknown on October 20, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.