Seo Services

Lelaki Maut Selepas Motosikal Dilanggar Dari Belakang


SARIKEI: Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar dari arah belakang dalam kemalangan jalan raya yang berlaku sekitar jam 1.20 tengahari tadi di Jalan Sarikei - Bintangor.

Mangsa, Fong En Ben disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kemalangan tersebut melibatkan sebuah Proton Wira dan sebuah motosikal.

"Mangsa yang menunggang motosikalnya dikatakan hendak memasuki simpang sebelum sebuah kereta yang hendak memotong sebuah lori melanggar kenderaan mangsa yang berada dihadapannya.

"Kemalangan mengakibatkan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan telah disahkan oleh pihak hospital yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana




Lelaki Maut Selepas Motosikal Dilanggar Dari Belakang Lelaki Maut Selepas Motosikal Dilanggar Dari Belakang Reviewed by Unknown on November 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.