Seo Services

Warga asing ditahan bersama dadah bernilai RM1.2 juta


IPOH: Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan bersama dadah jenis methamphetamine seberat 17.2 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Taman Rimba Setia, Sungai Siput dekat sini kelmarin.

Serbuan itu sekali gus menjadikan ia rampasan terbesar di negeri ini setakat ini pada tahun ini.

Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak pada jam 11.30 malam Selasa lalu menahan suspek berusia 32 tahun bersama dadah berkenaan yang diletakkan di atas lantai bilik hotel itu.

Ketua JSJN negeri, Asisten Komisioner VR Ravi Chandran, berkata pihaknya menyerbu bilik berkenaan selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan terbabit.

Katanya, polis menemui 17 paket teh cina diletakkan di atas lantai bilik itu sebelum mendapati setiap satu paket minuman itu mengandungi dadah jenis methamphetamine yang keseluruhannya seberat 17.2 kg.

"Rampasan dadah bernilai RM1.2 juta itu dibungkus dalam bungkusan teh minuman dipercayai bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

"Kita percaya bilik terbabit digunakan suspek untuk dijadikan lokasi transit sebelum dadah berkenaan diedarkan ke lokasi lain yang belum dikenal pasti berikutan perkara itu masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Ravi Chandran berkata, siasatan awal mendapati suspek sudah dua tahun menetap di negara ini, namun tidak bekerja dan sudah berada di Sungai Siput dua minggu lalu.

"Pemeriksaan mendapati pasport suspek telah tamat tempoh tahun lalu manakala hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Beliau berkata, susulan rampasan itu, suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan untuk mengenal pasti individu yang turut terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya.-BHOnline
Warga asing ditahan bersama dadah bernilai RM1.2 juta Warga asing ditahan bersama dadah bernilai RM1.2 juta Reviewed by Unknown on November 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.