Seo Services

Bengang Isteri Curang, Suami ‘Balas Dendam’ Rogol Anak



SEORANG lelaki tergamak rogol anak kandungnya yang berusia sembilan tahun dalam satu kejadian di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Memetik sumber, Mynewshub difahamkan suspek berbuat demikian ekoran mahu membalas dendam terhadap perbuatan terkutuk isterinya yang didakwa curang dengan lelaki lain.

Sumber berkata, kejadian bermula apabila ibu mangsa menjumpai cairan berwarna putih pada bahagian kemaluan kanak-kanak berkenaan, pada Rabu.

Ekoran bimbang dan terkejut dengan perkara itu, wanita tersebut kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut ke klinik untuk pemeriksaan sebelum bertindak membuat laporan polis.

Suspek kemudian berjaya ditahan oleh pihak polis kira-kira enam jam selepas laporan berkenaan dibuat.

Menurut suspek berusia 32 tahun itu, dia mengakui telah merogol kanak-kanak berkenaan sejak sejak mangsa berumur lima tahun dan kali terakhir adalah mereka melakukan perkara tersebut sekitar dua minggu lalu.

Selain itu, suspek juga mengaku telah melakukan gangguan seksual seperti mencabul terhadap mangsa kira-kira lebih daripada 10 kali tempoh empat tahun.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai faktor yang mendorong suspek berbuat demikian, dia mendakwa isterinya berlaku curang terhadap hubungan mereka yang telah dibina selama hampir 10 tahun itu.

Suspek yang mengakui bengang akan perkara itu bertindak merogol dan mencabul anak hasil perkahwinan mereka sendiri sebagai tanda protes dan balas dendam. – MYNEWSHUB.CC
Bengang Isteri Curang, Suami ‘Balas Dendam’ Rogol Anak Bengang Isteri Curang, Suami ‘Balas Dendam’ Rogol Anak Reviewed by Unknown on December 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.