Seo Services

Kerajaan Negeri Mahu Manfaatkan PL1M Sebagai Pusat Latihan E-dagang


Kerajaan negeri melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang yang diterajui oleh Dato Sri Wong Soon Koh mencadangkan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dijadikan pusat latihan untuk e-dagang.

Memetik laporan Utusan Borneo, Wong berkata, ini memberi kelebihan kepada penduduk luar bandar terutamanya untuk mengunakan kemudahan PL1M memanfaatkan aplikasi e-dagang untuk tujuan pemasaran

“Kita akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melihat bagaimana kita boleh menjalin kerjasama bagi memanfaatkan Pusat Internet 1Malaysia ini sebagai pusat latihan untuk e-dagang.," katanya

Tambah Wong lagi, pusat latihan ini penting untuk kita memberi kesedaran dan menjelaskan kepentingan e-dagang kepada komuniti di luar bandar.

“Kita akan bekerjasama dengan SKMM untuk menggunakan kemudahan yang ada di pusat ini untuk mendidik penduduk luar bandar mengenai e-dagang,” jelas beliau. - Sarawakiana
Kerajaan Negeri Mahu Manfaatkan PL1M Sebagai Pusat Latihan E-dagang Kerajaan Negeri Mahu Manfaatkan PL1M Sebagai Pusat Latihan E-dagang Reviewed by Unknown on December 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.