Seo Services

[VIDEO] Peniaga Durian Didakwa Menipu, Tulis “Makan Sampai Kenyang” Tapi...



Seperti kebiasaan bila tiba musim durian, ramai peniaga dan pemilik dusun menerima limpahan rezeki yang tak diduga kerana sambutan daripada peminat-peminat buah itu.

Dan kerana buah durian juga, insiden tidak diingini seperti pertelingkahan boleh terjadi sepertimana satu rakaman video yang tular di laman sosial beberapa hari lalu.

Dalam kejadian itu yang didakwa berlaku di sebuah gerai durian di Jalan Kebun Klang, Shah Alam, kekecohan tercetus selepas beberapa pelanggan tidak berpuas hati dengan layanan peniaga gerai tersebut.

Difahamkan, peniaga tersebut didakwa menipu pelanggan apabila meletakkan kain rentang tertera “makan sampai kenyang”, sebaliknya apabila pelanggan membuat pembayaran mereka hanya diberikan masa selama 35 minit sahaja untuk menikmati buah di gerai tersebut.

Akibatnya, beberapa pelanggan lelaki dan wanita meluahkan kekecewaan mereka selepas merasa ditipu oleh peniaga tersebut.

Rakaman yang tular memaparkan berlaku pertengkaran mulut, selain aksi tolak-menolak antara seorang lelaki dengan lelaki berbaju kuning, dipercayai pemilik gerai buah tersebut.

Dalam video itu juga dapat dilihat kain rentang tertera – dengan harga RM20 seorang, pelanggan boleh “makan sampai kenyang”.

Lebih menyedihkan bukan sahaja pelanggan diperuntukkan masa, malah didakwa juga ada pelanggan yang menerima buah yang tidak berkualiti.

“Cerita petang tadi masa aku lepas makan, bagi orang makan durian yang stok boleh buat tempoyak (kurang berkualiti)... Kata makan sampai kenyang, kenyang apak (bapa) dia tu, bagi masa 35 minit je.

“Pastu (pelanggan) menunggu je lama, bagi pun separuh-separuh je duriannya. Nasib lah aku relaks je.... Memang angin lah kakak (pelanggan yang tidak puas hati) tu kan, nak berniaga tapi tak tahu hormat pelanggan,” demikian status yang dimuat naik pengguna Facebook Jumina Kasim, mendakwa kejadian berlaku pada 27 Disember lalu. - MalaysianDigest
[VIDEO] Peniaga Durian Didakwa Menipu, Tulis “Makan Sampai Kenyang” Tapi... [VIDEO] Peniaga Durian Didakwa Menipu, Tulis “Makan Sampai Kenyang” Tapi... Reviewed by Unknown on December 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.