Seo Services

Warga Emas Uzur Hidup Sendirian 'Ditemani' Timbunan Sampah Selama 30 Tahun



Bayangkan sebuah rumah usang ibarat tidak berpenghuni dan didalamnya dipenuhi sampah dan disebalik timbunan sampah tersebut ada sekujur tubuh warga emas masih bernyawa terlantar diatas sebuah katil.

Empunya tubuh, Abdul Moulud Hussin, 70, pasrah dengan kehidupannya tinggal seorang diri semenjak 30 tahun lalu bergantung hidup dengan anak sulungnya yang melawat setiap hari setelah pulang dari kerja sebagai pemotong rumput.

Menurut laporan Utusan Online, Abdul Moulud terlantar sakit semenjak 2 bulan lepas menyebabkan pergerakannya kini terbatas dan sukar untuk mengemas rumah yang terletak di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang.

Katanya, dia hanya menghabiskan masa seharian di atas katil dan tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri.

“Saya tidak mampu bergerak dan keupayaan sangat terhad.

“Semua boleh lihat rumah ini seolah-olah menjadi kawasan pelupusan sampah dan saya sudah tidak mampu untuk membuangnya,” katanya.

Dahulunya bekerja sebagai Abdul Moulud anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan mempunyai seorang isteri dan dikurniakan tiga orang anak.

Tetapi beliau dan isterinya sudah bercerai dan hanya anak sulungnya sahaja melawatnya setiap hari.

“Saya dan bekas isteri bercerai hidup sejak berpuluh tahun.

“Sebelum terlantar sakit saya menyara hidup dengan berniaga kecil-kecilan dan pendapatan sehari tidak menentu antara RM20 hingga RM30 sehari.

Dalam pada itu, anak sulung Abdul Moulud, M. Azrin, 45 berkata, beliau akan menjenguk ayahnya dirumah setiap hari selepas habis bekerja untuk memberi makan dan memandikannya.

“Bukan saya tak mahu membawa ayah menetap bersama, tetapi saya sudah berkeluarga dan tinggal bersama ibu mentua di Kampung Paya,” katanya.

Kehidupan warga emas ini mendapat perhatian NGO Pertubuhan Gagasan Prihatin Semenyih (GPS) yang melakukan kerja gotong-royong amal membersihkan kediaman Abdul Moulud dengan kerjasama Persatuan Bomba Sukarela Beranang dan Pemuda UMNO Cawangan kampung berkenaan.

Dalam pada itu, Pengerusi GPS, Azman Ahmad berkata, pihaknya akan membantu Abdul Moulud untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk bantuan bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

“GPS juga akan memujuknya untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya. - MalaysianDigest
Warga Emas Uzur Hidup Sendirian 'Ditemani' Timbunan Sampah Selama 30 Tahun Warga Emas Uzur Hidup Sendirian 'Ditemani' Timbunan Sampah Selama 30 Tahun Reviewed by Unknown on December 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.