LOS ANGELES: Pihak berkuasa di selatan California berkata semalam, puluhan penduduk dikhuatiri masih hilang selepas banjir lumpur mengorbankan 17 orang dan memusnahkan rumah.
Kemarau selama 10 bulan sebelum ini dan disusuli hujan lebat sejak Selasa lalu menyebabkan lumpur dan serpihan mengalir dari bukit menuju ke Montecito dan bandar lain di Santa Barbara County, di barat laut Los Angeles.
"Kami sedang mencari 43 penduduk dan menyiasat bagi mengesahkan sama ada mereka benar-benar hilang," kata Sherif Wilayah Santa Barbara, Bill Brown sambil menambah angka itu dijangka meningkat.
Brown juga tidak menolak kemungkinan mangsa yang hilang itu ditemui semula, namun jumlah kematian mungkin meningkat.
Dalam pada itu, pihak berkuasa menekankan situasi semasa masih tidak berubah.
"Ada ibu, bapa, datuk, adik beradik dan senarai itu semakin bertambah," katanya. - AFP
43 Penduduk California Hilang Dalam Banjir Lumpur
Reviewed by Azmin
on
January 12, 2018
Rating:
No comments: