KADOVAR: Dianggarkan 1,500 penduduk dipindahkan dari pulau-pulau di Papua New Guinea apabila gunung berapi yang tidak aktif telah mula meletus.
Gunung berapi di pulau Kadovar itu dilaporkan mula mengeluarkan asap dan abu pada minggu lepas memaksa lebih daripada 500 orang dipindahkan ke pulau Blup-Blup yang berdekatan.
Namun kesemua penduduk perlu dipindahkan ke tanah besar sekiranya letusan menjadi lebih dahsyat.
Beberapa saksi di pulau Blup-Blup di utara pulau Kadovar melaporkan, berlaku letusan besar pada Jumaat lalu dan kelihatan cahaya merah berapi di arah puncak.
Para saintis kemudiannya berjaya mengesan sejumlah besar sulfur dioksida yang beracun dari gunung berapi tersebut.
Ketua Setiausaha Palang Merah Papua New Guinea memberitahu agensi berita Reuters bahawa dana telah disediakan untuk membantu penduduk yang akan berpindah ke tanah besar.
Sehingga kini pakar gunung berapi di sana tidak dapat mengesahkan rekod terakhir letusan gunung berapi yang besar di Kadovar. - Awani
Amaran Gunung Berapi Di Papua New Guinea
Reviewed by uMieySurianie
on
January 15, 2018
Rating:
No comments: