JAKARTA: Polis di Cianjur, Jawa Barat menahan lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun yang mengadakan parti sejenis di sebuah vila, lewat kelmarin.
Dalam kejadian itu, polis siber menerima maklumat mengenai aktiviti berkenaan yang tersebar melalui aplikasi sembang LGBT susulan aduan orang ramai mengenai aktiviti luar tabii yang kerap berlaku di Cianjur termasuk membabitkan golongan bapa, guru dan pelajar.
Ketua Polis Cianjur Soliyah ketika mengesahkan perkara itu berkata, kumpulan berkenaan berkenalan melalui aplikasi sembang berkenaan dengan aktivti mereka dipantau selama sebulan sehingga sah merancang pertemuan dan berpesta, Sabtu lalu.
Pasukan siber kemudian memaklumkan Unit Siasatan Jenayah dan serbuan dilakukan di Villa Green Apple Garden serta menemui lima lelaki terbabit berusia antara 16 hingga 50 tahun. Ada antara mereka dilaporkan sudah berkahwin dan berkeluarga.
“Ketika serbuan dilakukan, kumpulan itu tidak berpakaian. Mereka menjerit terkejut sebelum anggota kami melemparkan baju untuk dipakai mereka. Buat masa ini, semuanya masih dalam siasatan.
“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 50 tahun terbabit dalang pesta yang dijadualkan Sabtu lalu. Malah, dia yang menyewa vila itu dan mengeluarkan duit berjumlah 1.5 juta rupiah (RM448) untuk menyewanya.
“Dia juga yang membuat semua persiapan termasuk membeli minuman keras. Perbuatannya amat terkutuk kerana turut mengheret seorang remaja bawah umur dalam aktiviti mereka,” katanya.-Agensi
Halang Pesta Kutuk
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2018
Rating:
No comments: