Seo Services

Nyawa 174 Penumpang, Anak Kapal 'Tergantung'


Nyawa 168 penumpang, dua juruterbang dan empat anak kapal bagaikan ‘tergantung’ selepas pesawat Boeing 737-800 yang mereka naiki tergantung di tebing selepas terbabas dari landasan ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang Trabzon, Turki, hari ini.

Menurut Daily Mail, hanya tayar pesawat milik Pegasus Airlines itu yang tersangkut menyebabkan ia tidak menjunam ke dalam Laut Hitam, tergantung tinggi di tebing.

Reuters melaporkan, Pegasus Airlines mengesahkan kejadian itu dalam kenyataan dan tiada kecederaan dilaporkan, termasuk dua juruterbang dan empat anak kapal yang berjaya dikeluarkan.

Rakaman sejurus kejadian menunjukkan penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak yang menangis dikeluarkan dari pesawat.

Enjin sebelah kiri pesawat juga kelihatan tertanggal manakala anggota bomba menyembur badan pesawat dengan air.

Pesawat itu berlepas dari Ankara, Turki, dan mendarat di Lapangan Terbang Trabzon sebelum berlepas kembali 90 minit kemudian apabila nahas berlaku.

Pegasus Airlines ialah syarikat penerbangan murah Turki berpangkalan di Kurtkoy, Pendik, Istanbul.

Berikutan itu, Lapangan Terbang Trabzon ditutup dengan penerbangan lain ditangguhkan atau dilencongkan.-Agensi
Nyawa 174 Penumpang, Anak Kapal 'Tergantung' Nyawa 174 Penumpang, Anak Kapal 'Tergantung' Reviewed by Unknown on January 15, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.