KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan empat khabar gembira buat 123,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perdana Menteri berkata, mulai tahun ini, kerajaan memberi peruntukan RM3 juta setahun, selama tiga tahun untuk Tabung Amanah Warisan PDRM bagi menjaga kebajikan pesara polis dan keluarga mereka.
Kerajaan juga, katanya, akan memberi kuota khas menunaikan haji untuk pesara polis.
"Jumlah kuota ini akan diumumkan selepas mendapat isyarat (mengenai jumlah kuota) daripada Raja Salman (Penjaga dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud," katanya.
Selain itu, Najib berkata, pesara polis juga akan menerima kuota khas rumah menerusi skim Rumah Mampu Milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM.
"Seterusnya, Unit Hal-ehwal Veteran Polis disusun semula dan cawangannya dibuka di setiap negeri," katanya.
Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.- BH
Berita Baik Buat Pesara Polis
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2018
Rating:
No comments: