ADELAIDE, Australia – Seekor buaya putih yang dinamakan sebagai Pearl ditemui oleh pelancong sewaktu mereka menaiki bot dan menyusuri Sungai Adelaide baru-baru ini.
Pemandu Pelancong Hidupan Liar, Mike Keighley mendakwa Pearl telah dikesan buat kali pertama kira-kira lima minggu lalu di sungai berkenaan.
Reptilia putih sepanjang tiga meter (m) itu dipercayai menghidap suatu keadaan yang dikenali sebagai hypomelanism yang mana ia menyebabkannya kelihatan seperti buaya albino.
“Kami melihat buaya putih albino dan seingat saya, ia dilihat pada November lalu. Jadi, ini adalah satu berita baik apabila mengetahui buaya istimewa itu masih hidup,” kata ahli ekologi, Shai Ager yang berada di dalam bot pelancong pada ketika itu.
Stesen televisyen ABC News melaporkan, buaya itu mungkin mempunyai kaitan dengan buaya berkepala putih, Michael Jackson, yang ditembak mati selepas haiwan itu membunuh seorang nelayan pada 2014.
Jackson sepanjang 4.5m itu dianggap sebagai antara buaya istimewa di dunia dengan memiliki warna berbeza. – Agensi
Buaya Putih Ditemui Di Sungai Adelaide
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2018
Rating:
No comments: