Seo Services

Didakwa Menyalahguna, Mengalih Wang Lebih RM7 Juta


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki iaitu dua peniaga dan seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan memperdaya, menyalahguna dan mengalih wang berjumlah RM7.13 juta, milik beberapa bank, empat tahun lalu.

Dua peniaga S Chandra, 41, dan Amran Ahmad, 44, mengaku tidak bersalah manakala penganggur, Atan Hussin, 53, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, Chandra didakwa atas empat pertuduhan memperdaya beberapa bank sehingga menyebabkan institusi kewangan itu meluluskan pinjaman berjumlah RM2.17 juta.

Chandra juga didakwa atas lapan pertuduhan dengan curang menyalahgunakan wang yang telah dikeluarkan oleh seorang individu dengan menggunakan cek tunai dari akaun semasa beberapa individu lain membabitkan jumlah RM3.58 juta.

Dia didakwa mengikut Sesyen 403 Kanun Keseksaan untuk kesalahan menyalahgunakan wang di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun dan sebat dan boleh juga didenda.

Bagi kesalahan memperdayakan, Chandra didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Amran dan Atan masing-masing didakwa atas pertuduhan iaitu menolong mengalihkan wang milik beberapa bank yang diperoleh daripada penipuan pembiayaan dua projek perumahan masing-masing berjumlah RM790,000 dan RM585,000.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa cawangan bank, di sini, antara 16 Februari 2014 hingga 24 Jun 2015.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz, manakala Chandra diwakili J Tharma Kumar.

Dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam. Kesemua tertuduh tidak diberikan jaminan dan mahkamah menetapkan 17 Januari depan untuk sebutan semula kes dan jatuh hukum untuk Atan.

Sebelum ini BH melaporkan seramai 13 individu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kerana terbabit dengan sindiket penipuan pinjaman pembiayaan bagi pembelian premis, hingga mengakibatkan institusi kewangan rugi lebih RM10 juta. - BHOnline
Didakwa Menyalahguna, Mengalih Wang Lebih RM7 Juta Didakwa Menyalahguna, Mengalih Wang Lebih RM7 Juta Reviewed by Azmin on January 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.