Seo Services

Isteri Tak Marah Suami Pengsan Lepas Peluk Bekas Kekasih Pada Hari Persandingan


Mungkin bagi segelintir pasangan, tidak semua boleh menerima tindakan pasangan mereka yang memeluk bekas kekasih, tambahan pula jika tindakan itu dilakukan pada hari persandingan mereka.

Bagi seorang pengantin perempuan, Musriani, yang baharu mendirikan rumah tangga minggu lepas, tindakan suaminya, Nokis Febrianto yang turun dari pelamin dan pergi memeluk bekas teman wanita pada hari persandingan mereka di Sulawesi, Indonesia langsung tidak mengubah perasaan cinta dia terhadap lelaki itu.

Insiden tersebut mencetuskan kekecohan dalam kalangan tetamu dan pengguna media sosial selepas video pengantin lelaki yang lengkap memakai busana traditional pengsan selepas memeluk bekas kekasihnya, tular di laman sosial.

Media Indonesia melaporkan, Novianti atau Novi hadir pada majlis persandingan bekas teman lelakinya itu dan menyanyikan lagu berbahasa Bugis ‘Balo Lipa’, sebelum pengantin lelaki meluru dan memeluk wanita itu.

“Biasa-biasa saja saya lihat,” kata pengantin perempuan kepada portal Tribun Timur ketika ditanya mengenai perasaan dia melihat si suami memeluk bekas kekasih pada hari kejadian.

Bagaimanapun, Musriani mengaku ‘tertarik’ dengan kecantikan kekas kekasih suaminya itu pada hari persandingan mereka, seolah seperti dipukau.

“Saya lihat (wajahnya) pada hari itu ‘bercahaya... sedangkan saya (wanita) tertarik, apalagi orang lagi. Jangankan orang lain, ini (sambil menunjuk ke arah suaminya) saja lari (pergi kepada bekas kekasih),” katanya.

Ditanya lagi mengenai perasaan pada hari tersebut selepas melihat bekas teman wanita suami hadir pada majlis persandingan mereka, Musriani berkata: “Tenang saja, sebelum ini saya sudah tahu mengenai hubungan wanita itu. Saya tetap cinta (kepada suami)."

Sementara pengantin lelaki memberitahu portal tersebut bahawa dia seperti hilang pertimbangan selepas mendengar nyanyian bekas kekasih.

“Rasa seperti dipukau waktu dia menyanyi. Saya seperti tidak sedar ketika turun dari pelamin dan memeluknya. Ada rasa kasihan," kata memetik laporan sebuah portal.

Namun, Novi mendakwa dia hadir ke majlis persandingan pasangan terbabit adalah atas jemputan ibu pengantin lelaki, dan tidak berniat untuk merosakkan hubungan suami isteri itu. - MalaysianDigest
Isteri Tak Marah Suami Pengsan Lepas Peluk Bekas Kekasih Pada Hari Persandingan Isteri Tak Marah Suami Pengsan Lepas Peluk Bekas Kekasih Pada Hari Persandingan Reviewed by Unknown on January 15, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.