PUTRAJAYA: Kertas kerja daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk cadangan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai Isu-Isu Perumahan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Ujarnya lagi, beliau berharap kadar faedah pinjaman yang kompetitif itu akan dapat dipatuhi oleh bank-bank komersial untuk mengurangkan beban para pembeli.
"Untuk pengurangan faedah pinjaman perumahan ini, Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi telah membincangkan cadangan ini tetapi keputusan mesti dibuat dahulu di peringkat Kabinet," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Kabinet Akan Bincang Cadangan Turunkan Faedah Pinjaman Perumahan - TPM
Reviewed by Unknown
on
January 25, 2018
Rating:

No comments: