Seo Services

Taktik kempen DAP Biadap Dan Kasar


Penganalisis Politik Datuk Peter Minos menyifatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai sebuah parti yang hanya tahu mengkritik dan menyerang sebagai taktik kempen mereka.

"DAP hanya bagus untuk mengkritik dan menyerang tetapi apa yang mereka boleh buat untuk kita masyarakat Bidayuh, itu ramai yang akan bertanya," katanya.

Memetik laporan Utusan Borneo beliau berkata, kemungkinan DAP akan mencabar lagi tetapi tidak ada mana-mana pihak yang suka atau menyokong DAP.

"Parti DAP merupakan sebuah parti berasaskan Semenanjung tersebut terutama sekali dengan taktik kempen mereka yang biadap dan kasar," jelas beliau.

Kata Minos, pilihan raya selepas pilihan raya, majoriti bidayuh masih sokong Barisan Nasional (BN) meskipun pembangkang membuat serangan bersungguh-sungguh.

"Masyakat ini menganggap pembangkang hanya berani cakap besar tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk mereka.

"Ramai Bidayuh berkata, BN bermakna pembangunan dan pembangkang bermaksud masalah.

"Itulah pemikiran mereka dan saya katakan bahawa mereka hanya realistik dan praktikal berdasarkan kepada kedudukan sosial dan ekonomi mereka sekarang," tegasnya.

Ujarnya, parti komponen BN perlu melakukan yang terbaik untuk mencari calon paling sesuai kerana majoriti Bidayuh adalah terkenal dengan kecenderungan politik mereka, pro-BN dan pro-kerajaan. - Sarawakiana
Taktik kempen DAP Biadap Dan Kasar Taktik kempen DAP Biadap Dan Kasar Reviewed by Azmin on January 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.