KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih ramai ahli filologi bagi mengkaji manuskrip dan teks klasikal Melayu dalam usaha memulihara karya sejarah negara.
Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, perkara itu amat penting memandangkan ia juga merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh yayasan tersebut.
Katanya, sehingga kini, yayasan itu hanya menerbitkan 21 teks klasikal Melayu (karya agong).
“Ahli filologi adalah aset kepada negara, berperanan mengkaji bahan-bahan tulisan sejarah merangkumi bidang sastera, sejarah dan linguistik.
“Terdapat beribu-ribu manuskrip Melayu dalam jawi yang membabitkan pelbagai ilmu antaranya sejarah, tadbir urus, bahasa, seni dan perubatan.
“Manuskrip-manuskrip ini perlu dikaji kerana ia merupakan manifestasi warisan intelektual Melayu,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku ‘The Remembered, Preserved and Imagined Past - My Heritage Memoirs’, di sini hari ini.
Terdahulu, bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar hadir melancarkan buku tersebut.
- UTUSAN ONLINE
Lebih Ramai Ahli Filologi Diperlukan
Reviewed by Unknown
on
January 23, 2018
Rating:

No comments: