WASHINGTON: Militan Taliban aktif secara terbuka di 70 peratus daerah di Afghanistan, menguasai sepenuhnya empat peratus daripada negara itu dan menunjukkan kehadiran secara fizikal di 66 peratus wilayah lagi, menurut kajian yang disiarkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Anggaran BBC, yang berkata ia berdasarkan perbualan dengan lebih 1,200 sumber tempatan di semua daerah di negara itu, lebih tinggi berbanding penilaian terkini oleh pasukan antarabangsa diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengenai kehadiran Taliban.
NATO berkata semalam, Taliban menguasai cuma 44 peratus daripada daerah di negara itu sehingga Oktober 2017.
Afghanistan goyah sejak sembilan hari lalu susulan siri keganasan yang meningkatkan strategi kawalan dan strategi disokong Amerika Syarikat lebih agresif dan terkini untuk mengukuhkan tentera negara itu dalam memerangi Taliban selama 16 tahun.
Bom yang disembunyikan dalam ambulans menggegarkan pusat bandar raya itu dalam membunuh lebih 100 orang, seminggu selepas serangan di Hotel Intercontinental, juga di Kabul, menyebabkan lebih 20 maut, termasuk empat warga AS.
Walaupun BBC mengira 399 daerah, kiraan NATO pula meliputi 407 daerah.
Kajian BBC menyebut, kerajaan Afghanistan mengawal 122 daerah, atau 30 peratus negara itu.
Namun kajian menyatakan itu tidak bererti ia bebas daripada serangan Taliban.
- BH Online
Taliban Kuasai 70 Peratus Afghanistan - BBC
Reviewed by Unknown
on
January 31, 2018
Rating:

No comments: