Seo Services

Tun M Perlu Tunjuk Rasa Tanggungjawab

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang sepatutnya menggunakan peluang perjumpaan dengan duta negara Kesatuan Eropah (EU) untuk membangkitkan isu boikot minyak sawit keluaran negara di pasaran Eropah menjelang 2021.

Sebaliknya, pimpinan pakatan pembangkang yang diketuai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya menggunakan peluang pertemuan itu untuk membincangkan kepentingan peribadi dan politik semata-mata.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata Dr Mahathir yang diangkat sebagai calon perdana menteri pembangkang sepatutnya menunjukkan rasa tanggungjawab.

Katanya, Dr Mahathir sepatutnya mengangkat isu negara EU memboikot minyak kelapa sawit itu ke pengetahuan duta EU.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan Dr Mahathir itu yang sama sekali tidak selari dengan laungan untuk memperjuangkan isu rakyat termasuk peneroka FELDA.

"Pembangkang kata mereka adalah juara untuk isu FELDA, tapi apabila berpeluang berjumpa dengan duta EU mereka tidak suarakan isu minyak sawit ini sebaliknya menggunakan platform itu untuk kepentingan peribadi," katanya ketika dihubungi BH.

Abdul Rahman berkata, beliau juga terkilan kerana Dr Mahathir menggunakan platform itu semata-mata untuk memburukkan nama negara di pentas antarabangsa.

"Sebaliknya Dr Mahathir hanya membangkitkan isu pilihan raya yang adil dan bersih, pemantauan pilihan raya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu yang dikitar semula oleh pembangkang.

"Tindakan beliau ini secara tidak langsung memburukkan nama negara.

"Jadi rakyat perlu menilai tindakan Dr Mahathir ini. Wajarkah individu begini diangkat kembali sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti," soalnya. - BHOnline
Tun M Perlu Tunjuk Rasa Tanggungjawab Tun M Perlu Tunjuk Rasa Tanggungjawab Reviewed by Azmin on January 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.