Seo Services

Darah Beku Bongkar Tembelang Remaja


Pelajar perempuan Tingkatan Empat ditahan polis hari ini, kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi yang baru dilahirkan dalam semak berhampiran rumah kosong di sebuah tanah rancangan FELDA, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, perbuatan pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang berusia 16 tahun itu terbongkar selepas dia dibawa ibunya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

"Remaja itu mengaku melahirkan bayi lelaki seorang diri di dalam bilik air di rumah keluarganya, jam 7.15 malam pada 21 Februari lalu. Remaja itu kemudian memotong tali pusat menggunakan gunting.

"Namun dia mendakwa bayinya meninggal dunia kira-kira 15 minit selepas dilahirkan. Panik dengan keadaan itu, dia membuang mayat bayinya di kawasan semak berhampiran rumah kosong berdekatan rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, selepas dua hari melahirkan bayi, remaja terbabit yang tidak dapat menahan sakit terpaksa mengadu kepada ibu bapa kononnya terjatuh di sekolah sebelum dibawa ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati terdapat darah beku di dalam perut menyebabkan remaja itu dirujuk ke HTAN untuk rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan dipercayai baru melahirkan bayi," katanya.

Berikutan itu, Azham Shah berkata, soal siasat dilakukan terhadap remaja itu mengakui melahirkan bayi dan membuangnya ke dalam semak. Dia mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya berusia 18 tahun pada Ogos tahun lalu.

Beliau berkata, polis ke lokasi menjalankan siasatan menemui mayat bayi yang dibuang itu dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, untuk bedah siasat esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.-myMetro
Darah Beku Bongkar Tembelang Remaja Darah Beku Bongkar Tembelang Remaja Reviewed by Unknown on February 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.