KUALA LUMPUR - Dutch Lady Malaysia hari ini mengesahkan bahawa semua produknya adalah selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia dan antarabangsa.
Hal ini telah disahkan oleh keputusan ujian rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.
Keputusan makmal KKM adalah 100% selaras dengan ujian bebas Dutch Lady Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan Singapura. Penyiasatan yang dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan bahawa hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran.
“Kami merasa sukacita dengan keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan yang menyokong penemuan kami sebelum ini bahawa tiada sebarang kekurangan dari segi kualiti produk dan susu kami adalah selamat untuk diminum. Kami juga gembira bahawa penyiasatan kami turut mengesahkan bahawa semua produk Dutch Lady yang dijual di Malaysia adalah produk yang sahih,” kata Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta,
“Dutch Lady telah beroperasi di Malaysia sejak 55 tahun dan kesihatan serta kesejahteraan para pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas sokongan dan kepercayaan mereka yang berterusan terhadap jenama kami,” tambah Gupta.
Untuk pertanyaan lanjut tentang produk Dutch Lady, sila hubungi talian Dutch Lady Careline di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com atau maklumat lanjut, sila layari www.dutchlady.com.my/milkbatchinvestigation. - K! ONLINE
KKM Sahkan Produk Dutch Lady Malaysia Selamat
Reviewed by Unknown
on
February 28, 2018
Rating:
No comments: