KUALA LUMPUR – Selebriti terkemuka yang juga usahawan muda Noor Neelofa Mohd Noor semalam melancarkan koleksi tudung terkini ‘Naelofar Hijab’ yang dikenali sebagai ‘Belofa’.
Koleksi terbarunya yang terdiri daripada tudung dan turban itu sudah tentu dinanti-nantikan oleh peminat dalam kalangan wanita berhijab yang mempunyai cita rasa moden.
Majlis pelancaran tersebut diadakan semalam serentak dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-29 di sebuah kelab malam.
Ianya berlangsung dengan meriah sekali dengan persembahan nyanyian SonaOne, dan kehadiran ibu dan adik beradiknya.
Di laman sosial ada beberapa video yang dikongsikan ketika acara berlangsung dengan alunan muzik rancak berserta tarian daripada hijabista yang hadir menyokong Neelofa.
Walaubagaimanapun ia menjadi buah mulut netizen yang mempertikaikan pemilihan lokasi untuk majlis tersebut iaitu kelab malam yang dianggap tidak sesuai.
Majoriti yang mengecam berpendirian bahawa Neelofa tidak sepatutnya melancarkan koleksi tudung barunya di situ.
Lokasi pelancaran tudung Neelofa dikecam Lokasi pelancaran tudung Neelofa dikecam
Namun pelakon itu dipetik sebagai berkata telah menjangkakan perkara itu akan menjadi isu namun mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikan kritikan-kritikan.
Mengulas lanjut, Neelofa berkata, pilihan tempat itu dibuat berdasarkan tema acara majlis itu.
“Jika diadakan di tempat lain, saya perlu mengeluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.
“Saya ambil keputusan untuk tidak peduli kritikan orang ramai kerana saya lebih tahu apa yang saya lakukan,” katanya. – MalaysiaGazette
Lokasi Pelancaran Tudung Neelofa Dikecam
Reviewed by Unknown
on
February 27, 2018
Rating:
No comments: