KUALA LUMPUR – Persidangan Parlimen pada 5 Mac depan merupakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Menurut Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah, mesyuarat pertama bagi penggal keenam Parlimen ke-13 akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada pukul 10 pagi pada hari pertama persidangan.
Rosmee berkata, notis persidangan telah pun dihantar kepada 222 ahli Dewan Rakyat sejak 19 Januari lalu.
Notis itu antara lain menyatakan bahawa persidangan tersebut akan berlangsung selama 20 hari iaitu berakhir pada 5 April ini.
“Yang di-Pertuan Agong akan membuka dewan dengan titah diraja. Bermula pada 6 Mac hingga minggu kedua persidangan, ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam membahaskan titah diraja di samping Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentang nanti. Minggu ketiga dan seterusnya akan berlangsung sesi pertanyaan dan jawapan menteri-menteri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. - Kosmo
Parlimen Terakhir Sebelum PRU-14
Reviewed by uMieySurianie
on
February 27, 2018
Rating:
No comments: