Seo Services

Pengacara American Idol Didakwa Lakukan Gangguan Seksual


LOS ANGELES : Pengacara rancangan realiti American Idol, Ryan Seacrest didakwa melakukan gangguan seksual ke atas bekas pendandannya, walaupun tuduhan berkenaan dinafikan pengacara itu November lalu.

Suzie Hardy dalam wawancara bersama Variety semalam mendakwa, perkara itu berlanjutan selama enam tahun bermula pada tahun 2007 ketika beliau bertugas sebagai pendandan peribadi Seacrest di E! News.

Seacrest yang juga pengacara bersama program bual bicara 'Live With Kellu & Ryan dan penerbit racangan realiti televisyen 'Keeping Up with the Kardashians membuat pendedahan mengenai tuduhan Hardy November tahun lalu, sekali gus menafikan kesemua dakwaan wanita terbabit.

E! yang berada di bawah naungan Comcast Corp melakukan siasatan dalaman berhubung dakwaan Hardy sebelum membuat kenyataan pada Januari lalu bahawa mereka tidak menjumpai bukti kukuh untuk menyokong tuduhan dibuat wanita berkenaan.

Peguam Seacrest, Andrew Baum dalam satu kenyataan semalam berkata, keputusan Variety untuk menyiarkan dakwaan dibuat Hardy adalah satu perkara yang mendukacitakan.

Katanya, Hardy sebelum itu meminta sejumlah wang sebagai ganjaran untuk berdiam diri.

"Mereka (Variety) diberitahu bahawa pengadu mengugut untuk membuat dakwaan palsu ke atas anak guam saya melainkan jika beliau membayar wanita itu AS$15 juta (RM58.4 juta)," katanya. - Reuters

Pengacara American Idol Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Pengacara American Idol Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Reviewed by uMieySurianie on February 27, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.