WASHINGTON: Jeneral kanan Amerika Syarikat, semalam menuduh Russia bertanggungjawab mencetuskan ketidakstabilan di Syria dan bertindak seperti 'pencetus kebakaran dan bomba' ketika gencatan senjata yang diisytiharkan Moscow di Ghouta Timur gagal.
AS dan Russia saling menyokong pihak bertentangan dalam perang tujuh tahun itu, dengan Moscow menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad yang rancak mengebom Ghouta Timur, yang dikuasai puak penentang.
"Secara diplomatik dan ketenteraan, Moscow memegang peranan penyebab kebakaran dan anggota bomba, menyemarakkan ketegangan dalam kalangan semua pihak di Syria.
"Kemudian ia berkhidmat sebagai penimbang tara, untuk menyelesaikan perbalahan, cuba merendahkan dan melemahkan kedudukan semua pihak," kata Jeneral Joseph Votel.
Votel adalah ketua Pusat Pemerintah Tentera AS.
Sejak minggu lalu, tentera Syria dan sekutunya menjadikan Ghouta Timur sasaran pengeboman antara paling hebat sejak perang bermula, menyebabkan ratusan terkorban.
Gesaan Russia supaya gencatan senjata diadakan selama lima jam semalam gagal menghalang pengeboman, dengan penduduk berkata pesawat tempur kerajaan menyambung menyerang wilayah berkenaan selepas itu. - Reuters
Russia Penyebab Huru-hara Di Syria - AS
Reviewed by Unknown
on
February 28, 2018
Rating:
No comments: