Seo Services

UFO Dirakam Di Ruang Udara Norway


BARDUFOSS, Norway – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang bersinar terang dikesan melintasi ruang udara di sini baru-baru ini.

Kehadiran UFO itu telah mengejutkan sekumpulan individu di Bardufoss pada petang Khamis lalu sebelum dilihat semula sejauh kira-kira 128 kilometer di Tromso.

Menurut saksi, objek itu dapat dilihat sehingga selepas matahari terbenam dan kemudian seperti meletup dan pecah kepada dua bahagian sebelum hilang.

“Pada mulanya, kami ingat itu sebuah helikopter yang menuju ke arah kami. Objek tersebut sangat terang dan datang dari sebalik pergunungan sebelum berpusing dan melewati kami,” kata Tarquin Millington-Drake daripada majalah Frontier Travels kepada Mail Online.

Millington-Drake menyaksikan fenomena menakjubkan itu dari Wolf Lodge, sebuah resort yang menawarkan pengalaman mendekati serigala, dekat sini.

Setakat ini, penjelasan bagi perkara itu mungkin Paz, sebuah satelit imej radar yang dilancarkan Khamis lalu di California dari roket Falcon 9 milik Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk. 
– Agensi/Kosmo
UFO Dirakam Di Ruang Udara Norway UFO Dirakam Di Ruang Udara Norway Reviewed by uMieySurianie on February 27, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.